KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Khamis.
Pengumuman yang dibuat di Wisma Bapa Malaysia itu sekali gus mengotakan janji Abang Johari untuk melantik calon daripada parti SUPP sebagai timbalannya yang juga berbangsa Cina.
Dalam PRN12 yang lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah itu juga berjaya menewaskan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP), Kelvin Yii Lee Wuen dengan meraih majoriti sebanyak 5,393 undi.
Sebelum ini Timbalan Ketua Menteri yang terakhir dilantik daripada SUPP ialah oleh Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.
Beliau kemudian kehilangan jawatan Timbalan Ketua Menteri akibat kekalahan teruk SUPP pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11).
Berdasarkan faktas asas politik, kemenangan 13 daripada 18 kerusi oleh SUPP dalam PRN12 pada 18 Disember lalu sekali gus meletakkan parti itu di kedudukan kedua dengan majoriti kerusi tertinggi selepas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Kemenangan parti yang tertua di Sarawak sejak tahun 1958 itu adalah satu prestasi yang terbaik selepas lebih 10 tahun SUPP dalam pentadbiran kerajaan negeri diikuti Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
Sementara timbalan ketua menteri dalam barisan kabinet kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut disandang Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Nuzuluddin Abdul Razak
Thu Dec 30 2021
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri.
Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022.
Tiada lagi panjat pokok, kerajaan akan pastikan liputan internet cukup - Ahmad Zahid
Kerajaan akan memastikan kawasan berkepadatan rendah, desa dan pedalaman disediakan liputan Internet yang secukupnya untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
AWANI Ringkas: 10 kes strok haba di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
Tiga kementerian Persekutuan salur RM3.17 bilion kepada Sarawak - Dr Sim
Tiga kementerian Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM3.17 bilion tahun ini untuk program pembangunan dan dana operasi di Sarawak.
Cukup-cukuplah politik perpecahan dan kebencian- Dr Sim
Tegas Dr Sim Kui Hian landskap harian politik yang berbaur permusuhan, perpecahan dan kebencian amatlah ditegah serta dihentikan serta merta.
Richard Riot antara calon SUPP bertanding pada PRU15 - Dr Sim
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mengesahkan Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Premier Sarawak bakal umum bantuan BKSS 9.0 - Dr Sim
Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kertas Putih Kesihatan: Sarawak akan sediakan input - Timbalan Premier
Input berkenaan akan diperkemaskan dan memaklumkan kepada Primier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum dibentangkan kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Anak Sarawak diseru raikan 22 Julai dengan penuh makna - Dr Sim
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menyeru anak-anak Bumi Kenyalang mengamati sambutan Hari Sarawak dengan menjulang nilai, budaya dan tradisinya dengan cara tersendiri, sesuai peredaran zaman.
Jumlah pengundi di Sarawak kini melebihi 1.9 juta
Sarawak melaporkan pertambahan 675,077 jumlah pengundi baharu yang layak mengundi menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,927,750 pada suku keempat 2021.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Kabinet baharu ini cekap bekerja dan berintegriti - Abang Jo
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan senarai kabinet negeri.
Senarai Kabinet Sarawak: Dr Sim dilantik TKM bersama Uggah, Awang Tengah
Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Khamis mengumumkan senarai Kabinet baharu selepas Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang besar 76 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.